Followers

Monday, January 24, 2011

Sunday, January 23, 2011

'BUTIR NANGKA'





bahan A:
500gm tepung pulut
sedikit air
sedikit air pandan (jika ada)
sedikit garam
sedikit kapur makan (campur dengan air tadi)


kuah:
santan dr 1/2 biji kelapa
gula (ikut suka)
sedikit garam
sedikit air (jika santan pekat)
daun pandan
2 sudu makan halba


caranya:
1. Uli tepung pulut bersama semua bahan A
2. bentukkan bujur
3. masukkan dalam air mendidih, yang mana timbul maknanya dah masak
4. angkat dan masukkan ke dalam kuah sekiranya kuah dah masak


kuah:
1. campurkan semua bahan
2. kacau atas api


selamat mencuba!

Sunday, December 19, 2010

TERUNG BERCILI 'CSI'


bahan:
cili boh/ cili kering yg telah di blend
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit air asam
garam
gula
terung panjang (digoreng)

caranya:
1. tumis bawang dengan sedikit minyak
2. masukkan cili boh, tumis hingga garing
3. masukkan belacan & air asam
4. masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. setelah masak, letakkan sambal di atas terung yang telah di goreng tadi.

SELAMAT MENCUBA!

IKAN REBUS 'POPEYE'


bahan:
ikan temenung yang telah direbus dengan asam dan garam
1 biji bawang  besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah

caranya:
1. gorengkan ikan.
2. setelah ikan di angkat, gorengkan bawang & cili.
3. taburkan atas ikan.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 11, 2010

KEK MARBLE ' IDOLA KECIL'

bahan:
125 gm mentega
120 gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur (dipukul sedikit)
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu segar rendah lemak
125 gm coklat masak (dicairkan atas air)


caranya:
1. pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. masukkan telur & vanilla, pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung & susu segar selang seli sedikit demi sedikit.
4. bahagikan kepada 2 bahangian. 1 bahagian campurkan dengan coklat masak yang telah dicairkan.
5. masukkan dalam loyang. masukan secara selang seli- coklat & biasa.
6.bakar selama lebih kurang 40 minit.


SELAMAT MENCUBA!

MASAK MERAH 'MADU 3'


bahan:
1/2 ekor ayam (diperap dengan 1 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah, sedikit halia, garam, sedikit serbuk kunyit dan sedikit madu - digoreng)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar (dihiris bulat2)
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 tin kecil tomato puree (boleh guna sos tomato)
1 biji tomato
2 sudu makan cili boh
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
garam
gula

caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga garing.
2. masukkan cili boh, tumis lagi hingga garing.
3. masukkan tomato puree.
4. masukkan air asam jawa.
5. masukkan garam & gula secukup rasa.
6. masukkan bawang besar yang telah dihiris & buah tomato.
7. masukkan ayam yang telah digoreng.

SELAMAT MENCUBA!

NASI BERYANI 'ROAD RUNNER'



bahan:
4 cawan beras
100gm rempah beryani + sedikit air
1 cawan susu cair
3/4 cawan minyak biji matahari untuk menumis
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
daun salam & daun sup
4 cawan air
garam


caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih. tumis hingga garing.
2. masukkan rempah beryani. 
3. masukkan daun salam & daun salam.
4. masukkan air & susu cair dan sedikit garam.
5. masukkan beras.


SELAMAT MENCUBA!