Followers

Thursday, October 21, 2010

PUDING 'CHINTA' (puding kastard berkuah)


bahan A (puding)
1 tin susu cair (susu ideal @ carnation... susu yang lain pun boleh jugak....)
1 paket tepung kastard (bird custard paling sedap, biasanya 1 paket = 300gram)
8 tin air


bahan B (kuahnya)
1 tin susu cair
4 tin air
3 senduk gula (gula ikut suka hati, nak manis takat mana....)
1 tin buah2 dalam tin (buah sahaja, buang airnya... kalau tak nak membazir, minum la....)
1 kotak kismis
(*boleh masuk apa2 jenis buah ikut kegemaran anda)


cara memasak:


bahan A
1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. masak atas api sehingga mendidih (sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul).
3. masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
(*periuk jangan dibasuh lagi...)


bahan B (gunakan periuk yang digunakan untuk memasak bahan A supaya kuah puding sedikit pekat.)
1. masukkan air dan gula.
2. masak atas api sehingga mendidih.
3. masukkan kesemua buahan campuran. kacau hingga mendidih.
4. masukkan susu cair dan kacau.
5. sejukkan.
6. sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA!


- cerita chinta harini tak best...

No comments:

Post a Comment