Followers

Sunday, October 31, 2010

ASAM PEDAS 'MAMA', SAYUR CAMPUR 'WONDERPETS' & IKAN GORENG 'HALIA'

ASAM PEDAS 'MAMA'
-jangan tanya resepinya, sebab mak aku yang buatkan pastenya... aku cuma masukkan air asam, daun kesum & garam aje...






SAYUR CAMPUR 'WONDERPETS'


bahan:
sayur-sayur yang anda suka (ini jer sayur yang ada kat rumah...).
2 biji bawang kecil.
1 ulas bawang putih.
1/2 inci halia.
1 biji bawang besar (di hiris bulat-bulat).
sedikit daging (boleh guma udang, ayam atau sotong untuk perencah).
sedikit lada hitam, lada sulah, garam & sos tiram.
sedikit minyak untuk menumis.


caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam sedikit minyak.
2. masukkan air rebusan daging & daging.
3. masukkan lada hitam dan lada sulah.
4. masukkan garam.
5. masukkan sayur-sayuran & bawang yang dihiris bulat-bulat.
6. sedia untuk dimakan.
* " MARI KITA RAIKAN DENGAN DAUN SADERI" - dialog dalam citer wonderpets


IKAN GORENG HALIA
bahan:
ikan (dikelar)
garam 
kunyit
halia (dihiris nipis-nipis)
minyak untuk menggoreng


caranya:
1. gaulkan ikan dengan garam dan kunyit.
2. panaskan minyak.
3. masukkan ikan & halia yang telah dihiris.
4. goreng segaring mana yang dikehendaki.
5. sedia untuk dihidangkan.


*  ikan kat atas tu ikan gelama dan yang kecik2 tu ikan selangat. ikan selangat tu banyak tulang halus2 so, kena kelar rapat-rapat.
* halia yang garing tu boleh dimakan macam keropok... boleh buang angin.


SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, October 27, 2010

MASAK KURMA 'CIK ROS'

bahan:


tak de,... sebab harini 'abg sayang' nak belanja makan... hehehee... 
so, tangguh esok yer....

Monday, October 25, 2010

DAGING GORENG 'KAMPUNG BOY'


bahan:
500gm   daging batang pinang(aku suka daging lembu kelantan, selalunya lembut sebab lembu muda..)
1 batang saleri
1 biji   cili merah
1 biji tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 inci halia (dihiris)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air (untuk empukkan daging)
sedikit minyak untuk menumis


caranya:
1. hiris daging dan cuci dengan bersih.
2. gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. masukkan dalam kuali dan masak hingga airnya kering. (tambah air jika daging masih belum empuk).
4. masukkan minyak untuk menumis.
masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah.
5. masukkan serbuk lada hitam & lada sulah.
6. masukkan kicap manis, kicap masin & sos tiram. (tambah sedikit air jika terlalu keringa)
7. goreng seketika.
8. masukkan batang saleri dan tomato.
9. sedia untuk dihidang.




SELAMAT MENCUBA!




* harini berebut dengan anak dara ku... dia nak tengok 'kampung boy', aku nak tengok 'chinta'.
     chinta dh separuh baru aku dapat tengok... sabar je la...

Sunday, October 24, 2010

YOGURT 'HAGEMARU'


bahan-bahannya
1 cawan yogurt (sukahati nak perisa apa)
buah-buahan mengikut citarasa


caranya
1. masukkan yogurt ke dalam mangkuk.
2. susun buah-buahan diatasnya.
3. sedia untuk dimakan.




* ini adalah makanan 'pelawas' untuk anak kesayanganku....
hehehehe...

Thursday, October 21, 2010

PUDING 'CHINTA' (puding kastard berkuah)


bahan A (puding)
1 tin susu cair (susu ideal @ carnation... susu yang lain pun boleh jugak....)
1 paket tepung kastard (bird custard paling sedap, biasanya 1 paket = 300gram)
8 tin air


bahan B (kuahnya)
1 tin susu cair
4 tin air
3 senduk gula (gula ikut suka hati, nak manis takat mana....)
1 tin buah2 dalam tin (buah sahaja, buang airnya... kalau tak nak membazir, minum la....)
1 kotak kismis
(*boleh masuk apa2 jenis buah ikut kegemaran anda)


cara memasak:


bahan A
1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. masak atas api sehingga mendidih (sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul).
3. masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
(*periuk jangan dibasuh lagi...)


bahan B (gunakan periuk yang digunakan untuk memasak bahan A supaya kuah puding sedikit pekat.)
1. masukkan air dan gula.
2. masak atas api sehingga mendidih.
3. masukkan kesemua buahan campuran. kacau hingga mendidih.
4. masukkan susu cair dan kacau.
5. sejukkan.
6. sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA!


- cerita chinta harini tak best...

Wednesday, October 20, 2010

chinta

sedih gak cerita CHINTA arini...
ala, cerita jer pun. 





perut dah kenyang, mata pun mengantuk....
apa nak buat, dh lumrah macam tu..


tetiba terasa nak buat blog plak, bleh gak letak resepi2 kat dalam ni untuk panduan kawan2. terutama cik ros... hehehe....
dialog untuk cik ros (http://www.facebook.com/profile.php?id=769767380): " arini tak leh bagi resepi lagi la,... banyak kain nak di lipat. nanti2 yer... hehhe"