hari-hari aku tak tau nak makan apa,.. itu lah masalah aku. macam mana berat aku nak bertambah?? walaupun aku kurang makan, tapi aku suka masak untuk family aku. sebab tu 'abang' sayang ku 'berisi'....
Followers
Monday, November 22, 2010
SUP SAYUR "AGEN KHAS OSO"
bahan:
makaroni (direndam terlebih dahulu)
lobak merah
tomato
baby kailan
daging (rebus dahulu kalau takut daging tak empuk)
bawang merah
bawang putih
halia
sos tiram
garam
sedikit air (suka hati nak letak banyak mana)
minyak untuk menumis
caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. masukkan daging dan sedikit air.
3. masukkan sos tiram dan makaroni.
4. apabila makaroni dah agak kembang, masukkan sayur-sayuran.
5. jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
SELAMAT MENCUBA!
* sup sayur ni ditambah halia sebab 'tuan puteri' demam, perutnya kosong, jadi sekurang2nya, bila ada halia tu, terkentut2 la... boleh buang angin dalam perut 'dia'....
BUBUR "MR BEAN"
bahan:
segenggam beras
4 gelas air
sebiji bawang merah
seulas bawang putih
1/4 inci halia
sedikit lobak merah (tak nak letak pun tak apa... 'tuan puteri' suka lobak merah, sbb tu dimasukkan juga...)
sedikit garam
caranya:
1. rebus beras dan air sehingga kembang.
2. masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. apabila hampir masak masukkan lobak merah dan garam.
SELAMAT MENCUBA!
BARLI "DETACTIVE CONAN"
bahan:
segenggam barli
seketul gula batu (agak2 dalam 1/2 genggam)
2 helai daun pandan
air
caranya:
1. rebus barli dengan air.
2. bila separuh kembang, masukkan daun pandan.
3. masukkan gula batu bila biji barli kembang sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA!
* orang tua-tua kata, barli dan gula batu boleh sejukkan badan. jadi, sesuailah untuk siapa yang rasa panas badan.
SELERA ORANG DEMAM
HARI NI 'TUAN PUTERI' DEMAM, JADI INILAH SANTAPAN UNTUKNYA.......
AIR BARLI....., BUBUR NASI DGN LOBAK MERAH...., SUP SAYUR DGN MAKARONI....
AIR BARLI....., BUBUR NASI DGN LOBAK MERAH...., SUP SAYUR DGN MAKARONI....
Sunday, November 21, 2010
KELEMPONG GORENG BERCILI "SUMAIYAH"
bahan:
kelempung (direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis2, lepas tu goreng)
bawang merah - dihiris
bawang putih - dihiris
cili kering (diblend, boleh juga guna cili boh)
gula
garam
sedikit minyak untuk menumis
caranya:
1.tumis bawang merah dan bawang putih.
2. masukkan cili yag telah di blend, goreng hingga garing.
3. masukkan garam dan gula sesedap rasa.
4. masukkan kelempung yang telah di goreng. gaul rata.
SELAMAT MENCUBA!
Saturday, November 20, 2010
SUP TULANG (QURBAN- 17 NOV 2010)
bahan:
tulang
bawang merah
bawang putih
halia- di ketuk
lada hitam
rempah biji
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
cengkih
garam
* bawang merah, bawang putih, rempah biji, lada hitam ditumbuk
untuk hiasan/ tambahan:
limau nipis, daun sup, bawang goreng, cili padi
cara:
1. rebus semua bahan bersama tulang sehingga daging pada tulang empuk.
2. hias dengan bawang goreng & daun sup.
SELAMAT MENCUBA!
Friday, November 19, 2010
DAGING 'DRAGON HUNTER'' (@daging masak palembang)
bahan:
600gm daging (rebus daging dgn air yang sangat sedikit sehingga air kering, kemudian baru potong daging mengikut saiz yang dikehendaki)
10 tangkai cili kering (kalau nak nak pedas boleh tambah lagi)- digoreng kering dan di blend kering.
bhan A
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 batang serai
*bahan A boleh blend atau hiris, ikut yang mana menjadi pilihan.
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
cengkih
kicap pekat
1 sudu makan kerisik
asam keping
garam
gula
3/1 cawan minyak untuk menumis
cara:
1. tumis bahan A ke dalam minyak yang telah panas.
2. masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & cengkih
3. masukkan cili kering yang telahh di blend
4. masukkan daging & sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan air)
5. masukkan kicap pekat
6. kacau hingga sebati
7. masukkan kerisik,asam keping garam dan gula.
8. masak sehingga sedikit kering, tetapi jangan terlalu kering.
SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, November 3, 2010
PUCUK PAKU 'DENDAM'
bahan:
semangkuk pucuk paku
10 biji cili padi
sebiji telur
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
sedikit air
sedikit minyak (untuk menumis)
sedikit garam
sedikit gula
caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi di dalam sedikit minyak.
2. masukkan sedikit air.
3. masukkan pucuk paku.
4. apabila pucuk paku hampir masak, pecahkan telur dan gauklan.
5. masukkan garam dan gula mengikut rasa.
6. sedia untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Subscribe to:
Posts (Atom)