Followers

Friday, November 19, 2010

DAGING 'DRAGON HUNTER'' (@daging masak palembang)


bahan:
600gm daging (rebus daging dgn air yang sangat sedikit sehingga air kering, kemudian baru potong daging mengikut saiz yang dikehendaki) 
10 tangkai cili kering (kalau nak nak pedas boleh tambah lagi)- digoreng kering dan di blend kering.
bhan A
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 batang serai
*bahan A boleh blend atau hiris, ikut yang mana menjadi pilihan.
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
cengkih
kicap pekat
1 sudu makan kerisik
asam keping
garam
gula
3/1 cawan minyak untuk menumis


cara:
1. tumis bahan A ke dalam minyak yang telah panas.
2. masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & cengkih
3. masukkan cili kering yang telahh di blend
4. masukkan daging & sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan air)
5. masukkan kicap pekat
6. kacau hingga sebati
7. masukkan kerisik,asam keping garam dan gula.
8. masak sehingga sedikit kering, tetapi jangan terlalu kering.


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment