Followers

Saturday, December 4, 2010

IKAN TENGGIRI 'KAMILAH BINTANG'


bahan:
ikan tenggiri (digoreng)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu cili boh
1/2 inci halia
1 biji bawang besar (di hiris bulat2)
1 biji tomato
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
kicap masin
sedikit air asam jawa
sos tiram
serbuk lada hitam
garam
gula
minyak untuk menumis


caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih & halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga beserta cili boh hingga garing.
2. masukkan sedikit air asam jawa.
3. masukkan kicap & sos tiram serta serbuk lada hitam. (boleh tambah air jika perlu)
4. masukkan bawang besar.
5. masukkan sedikit garam & gula.
5. masukkan ikan tenggiri yang telah  digoreng dan tomato.


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment