PULUT
KARI AYAM
PULUT
bahan:
1 kg pulut
2 1/1 cawan santan + 2 sudu kecil garam
sedikit kunyit hidup
caranya:
* rendam pulut bersama perahan air kunyit semalaman.
1. kukus pulut hingga separuh masak.
2. keluarkan pulut , gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan dengan garam.
3. setelah rata, kukus semula.
KARI AYAM
bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 pelepah daun kari
kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
semangkok rempah kari (agak2 la..)+ sedikit air
4 cawan santan
kentang (ikut suka)
garam
minyak untuk menumis
sedikit air
asam keping
caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga.
2. masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air.
3. masukkan daun kari dan tumis hingga sedikit garing.
4. masukkan sedikit air, masukkan ayam.
5. apabila ayam separuh masak, masukkan santan.
6. tambah air jika perlu.
7. masukkan kentang, garam dan asam keping.
SELAMAT MENCUBA!